Hubungi Kami
Hubungi kami di talian berikut atau isi borang di bawah
Borang Pertanyaan
Ada Pertanyaan ?
Domain adalah alamat laman web anda. Contohnya : www.namawebanda.com, manakala hosting adalah ruang simpanan di internet di mana data laman web anda (Fail, artikel, gambar dan video) disimpan.
Harga hosting berbeza berdasarkan prestasi dan spesifikasi. Semakin tinggi prestasi dan spesifikasi hosting, semakin mahal kos hosting tersebut.
Harga domain antara RM 50-150/Tahun. Harga domain berbeza kerana ia bergantung pada extension (.com, .net. .com.my, .my, .edu, .gov dan banyak lagi), manakala kos hosting pula adalah RM 250 setahun.
Servis buat laman web kami menawarkan domain dan hosting percuma untuk tahun pertama.
Anda perlu memperbaharui domain dan hosting setiap tahun untuk memastikan laman web anda terus beroperasi.
InsyaAllah proses menyiapkan laman web mengambil masa 1-14 hari bekerja dari tarikh pembayaran deposit diterima.
Walau bagaimanapun, masa menyiapkan laman web juga bergantung pada berapa cepat anda berikan material dan kandungan laman web kepada kami.
Material dan kandungan laman web yang anda harus berikan ialah maklumat produk, butiran syarikat, gambar, dan video yang berkaitan dengan bisnes anda.
Kami menerima pembayaran melalui online transfer (FPX). Untuk buat tempahan laman web, anda perlu buat deposit sebanyak 70% daripada harga pakej laman web. Selepas laman web siap, anda harus bayar baki 30% sepenuhnya.
Selepas bayar deposit, anda perlu berikan maklumat berikut kepada kami :
Untuk pengetahuan anda, teknik content markerting seperti menulis artikel di blog merupakan teknik pemasaran internet yang sangat berkesan dan ia merupakan pemasaran internet untuk jangka masa pajang dan memerlukan kesabaran.
Berapa lama untuk dapat trafik dari Google ?
Tempoh masa untuk dapat trafik/visitors dari Google bergantung banyak faktor antaranya :
1. Berapa lama usia laman web.
2. Berapa banyak jumlah carian keyword di Google.
3. Berapa banyak jumlah backlink yang berkualiti.
4. Berapa banyak jumlah content/artikel yang berkualiti dan banyak lagi faktor lain.
Jika laman web yang baru dan dilengkapi 5 artikel yang berkualiti, insyaAllah anda akan melihat peningkatan trafik selepas usia laman web melebihi 5-7 bulan.
.
Dalam masa tersebut anda boleh fokus buat content/artikel yang berkualiti secara konsisten sebanyak mungkin.
Anda perlu ingat, tujuan buat content/artikel yang berkualiti adalah untuk menarik trafik yang berkualiti dari Google secara konsisten selama bertahun-tahun.
Sebagai contoh, anda menjual produk hilangkan jerawat dan usia laman web anda sudah melebihi 1 tahun dan mengandungi 100 artikel tentang tips dan cara menghilangkan jerawat. Ini sudah cukup memberi signal kepada Google untuk meningkatkan kedudukan laman web anda di carian Google sekaligus meningkatkan jumlah trafik yang berkualiti.
Bayangkan laman web anda mengandungi 100 content/artikel yang berkualiti dan usia laman web anda sudah melebihi setahun, insyaAllah ketika ini mungkin anda boleh dapat ribuan trafik berkualiti dalam sebulan.