Servis Buat Website - Template 80

Polisi Pembayaran

Selamat datang ke Banktifweb.com, agensi design laman web yang berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda. Kami memahami bahawa terkadang situasi mungkin berubah, dan kami ingin memberikan penjelasan mengenai Polisi Pembayaran kami seperti berikut :

Polisi Refund

Tempoh Tuntutan :

Tuntutan refund boleh dibuat dalam tempoh 12 jam selepas pembayaran penuh diterima dan sebelum proses pembuatan laman web dimulakan.

Syarat Tuntutan Refund :

Refund akan dipertimbangkan jika terdapat kegagalan dalam memberikan perkhidmatan seperti yang dijanjikan atau sebarang masalah teknikal yang tidak dapat diselesaikan.

Proses Tuntutan Refund :

Sila hantar tuntutan refund melalui emel kepada admin@banktifweb.com. Kami akan menilai tuntutan anda dan memberi maklum balas secepat mungkin.

Polisi Pembatalan

Notis Pembatalan :

Pembatalan perkhidmatan harus diberi notis sekurang-kurangnya 12 jam sebelum tarikh mula pembuatan laman web.

Bayaran Pembatalan :

Pembatalan yang diberikan dalam tempoh yang diperlukan akan dikenakan bayaran pembatalan sebanyak jumlah kos dan masa yang telah digunakan atau mengikut dasar yang dinyatakan semasa urus niaga.

Maklumbalas dan Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai polisi pembayaran, atau jika anda memerlukan bantuan lebih lanjut, sila hubungi kami. Kami menghargai kerjasama anda dan berusaha untuk memberikan pengalaman yang terbaik dengan perkhidmatan design laman web kami. Terima kasih atas sokongan anda kepada Banktifweb.com.